Thursday, October 29, 2009

Pn. Fazian binti Samah
Perniagaan Santan Segar Segera,
Jalan Utama, Depan Pondok Polis Bukit Goh,
26050 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
09-5478459
Pn. Fazian memulakan perniagaan mengeluar dan mengedar santan segar pada 1 Januari 2009 dengan berbekalkan modal sebanyak RM 20,000. No. Pendaftaran Perniagaan adalah CAF834126.
Pn. Fazian memilih untuk menjadi pengeluar dan pengedar santan segar di Bukit Goh adalah disebabkan:

  • Permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat
  • Sumber bahan mentah / kelapa yang mudah didapati
  • Kurang pesaing
  • Merupakan bahan masakan popular rakyat Malaysia
Bagi memastikan perniagaan sentiasa berkembang, beberapa strategi pemasaran telah dirangka terlebih dahulu. Antaranya:

  • Strategi Barangan : Pn. Fazian akan pastikan bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan dari masa ke masa. Selain itu, kebersihan dan kandungan hasil produk juga sentiasa dijamin kualitinya bagi memuaskan hati setiap pelanggan.
  • Strategi Promosi : Untuk mempromosikan produk yang dikeluarkan papan iklan, flyers serta no.telefon juga diedarkan bagi memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan atau dapatkan terus dari kedai.
  • Strategi Harga : Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga pasaran bahan mentah dan sentiasa berpatutan.
Pn. Fazian mensasarkan hasil produk terjual kepada pengusaha-pengusaha kantin, penjaja, pasaraya-pasaraya berhampiran serta penduduk tempatan di sekitar kawasan Bukit Goh.
Premis Perniagaan Santan Segar Segera Bukit Goh
Bahan mentah/kelapa yang digunakan untuk menghasil produk Santan Segar Segera Bukit Goh

Mesin Kelapa untuk memarut kelapa

Mesin Perah Kelapa yang digunakan untuk memerah kepala yang telah siap di parut

Penimbang yang digunakan untuk menimbang santan yang telah siap diproses

Aktiviti perniagaan Santan Segar Segera Bukit Goh